Bilik

Bukit Bintang

Izumi Hotel

@

Sama ada anda melawat Malaysia sebagai pelancong mahupun atas urusan perniagaan, Izumi Hotel Bukit Bintang bersedia untuk memberikan anda sambutan yang mesra dan mendamaikan. Izumi Hotel Bukit Bintang mempesonakan setiap tetamu dengan keselesaan tiada tandingan di dalam 108 buah bilik tamu yang serba lengkap dan suite mewah yang menyajikan pemandangan bandar Malaysia yang menakjubkan.

Kesemua bilik tamu bermula daripada bilik standard hinggalah ke bilik suite ada disediakan, memberikan pelbagai pilihan bilik yang masing-masing menawarkan istirahat yang sebenar. Jika anda berada di sini atas urusan perniagaan, akses internet WiFi percuma tersedia di dalam bilik anda dan akses WiFi di kawasan awam hotel membolehkan para tetamu untuk sentiasa kekal berhubung.

Selain itu, setiap bilik tamu turut dilengkapi dengan kemudahan bertaraf tinggi, semuanya direka khas untuk memenuhi keperluan para pelancong masa kini yang kerap mengembara. Kemudahan bilik tamu termasuklah peti keselamatan di dalam bilik, TV LED 32″ dengan saluran Astro terpilih, cerek, pengering rambut, air minuman percuma dan bilik mandi berserta pancuran air panas atau sejuk.

Bilik Standard

Izumi Hotel

Menampilkan reka bentuk kontemporari dan ruang santai yang luas sepanjang penginapan anda. Bilik tamu kami dilengkapi sama ada satu katil bersaiz queen atau katil twin. Penginapan ini amat sesuai untuk pelancong solo dan pasangan, masing-masing menyediakan ruang istirahat yang luas semasa anda di Bukit Bintang. Kemudahan terbaik untuk anda.

Bilik Superior

Izumi Hotel

Bilik Superior memuatkan dua orang tetamu dan mempunyai katil bersaiz queen atau katil twin. Bilik serba lengkap ini menawarkan ruang luas yang memberikan keselesaan bagaikan di rumah sendiri. Sama ada untuk percutian mewah atau urusan perniagaan jangka panjang, bilik ini menjanjikan kelonggaran dan keselesaan yang sebenar.

Deluxe King

Izumi Hotel

Bilik Deluxe menawarkan pemandangan ibu kota yang menakjubkan. Ia dihias elegan serta dilengkapi dengan katil bersaiz king atau katil twin, menawarkan ruang yang ideal untuk bekerja dan bersantai. Bilik Deluxe Izumi Hotel Bukit Bintang pastinya akan sentiasa memenuhi kepuasan anda dan menjadikan penginapan anda menyenangkan dan mendamaikan.

Bilik Keluarga

Izumi Hotel

Bersantai di bilik Keluarga yang luas bersama anak-anak anda. Bilik ini mempunyai akses internet wayarles percuma dan katil selesa yang boleh memuatkan dua kanak-kanak. Ia turut dilengkapi TV LED skrin rata 32″ dengan saluran Astro terpilih, cerek, pengering rambut, peti keselamatan, dan bilik mandi berserta pancuran air panas atau sejuk.

Suite

Izumi Hotel

Bilik Suite dihias dengan elegan: gabungan ideal untuk rehat, keselesaan dan kefungsian. Rasai sentuhan mewah Izumi dengan ruang tamu yang bergaya, luas serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Bilik mandi yang menyambut anda dengan jakuzi, menawarkan persekitaran yang ideal untuk berehat dan bersantai. Tempah Suite Izumi anda hari ini!

foto bilik terkini

Deluxe

Deluxe

Suite (802 Type)

Suite (801 Type)

Suite (801 Type)

Suite (802 Type)

Suite (801 Type)

Suite (801 Type)