Kemudahan

Sama ada anda mengunjungi hotel berkonsepkan rekaan kami atas urusan perniagaan mahupun percutian, layanan yang mesra dan peribadi pastinya akan memberikan pengalaman penginapan yang menyeronokkan. “Nikmati layanan mesra kami!” Kakitangan tempahan kami berbesar hati untuk membantu urusan fotostat, penghantaran faks, atau sebarang urusan berkaitan pentadbiran am. Sama ada mengembara untuk perniagaan atau percutian, anda akan sentiasa menerima layanan peribadi yang teliti.

Memandangkan keselesaan, istirahat dan pemulihan tenaga para tetamu hotel kami merupakan ciri asas dan keperluan bagi Hotel bandar ini, serta sentiasa menjadi keutamaan kami, kami akan terus menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan paling teliti dengan sentuhan peribadi buat para tetamu yang kami hargai.

Sesebuah hotel itu lebih daripada sekadar bilik, ia merangkumi individu yang melayani keperluan tetamu kami serta kemudahan yang ditawarkannya. Di Izumi Hotel Bukit Bintang, kami amat berbangga untuk menawarkan nilai tambah tersebut. Izumi Hotel Bukit Bintang menyediakan pelbagai jenis kemudahan bagi memenuhi segenap keperluan anda. Kami menyediakan perkhidmatan dan kemudahan yang direka khusus untuk memastikan penginapan anda menyenangkan serta sukar untuk dilupakan.

Sila lihat senarai komprehensif Kemudahan Hotel dan Perkhidmatan Tetamu yang disediakan oleh Izumi Hotel Bukit Bintang.

Ciri-ciri Bilik Tamu

Kemudahan
  • TV LED 32″
  • Berhawa dingin di semua bilik
  • Peti keselamatan di dalam bilik
  • WIFI percuma di semua bilik
  • Air minuman percuma
  • Pancuran air panas/sejuk
  • Saluran Astro terpilih
  • Cerek
  • Pengering rambut

Perkhidmatan Hotel

Kemudahan
  • Kaunter Penerimaan Tetamu 24 jam
  • Tempat Letak Kereta
  • Keselamatan 24 jam
  • WIFI percuma di kawasan awam
  • Pemantauan CCTV 24 jam
  • Kemudahan Faks dan Fotostat tersedia di Kaunter Hadapan
  • Sistem kad sentuh
  • Ruang Seterika
  • Tempat letak kereta percuma untuk tetamu yang menginap