Tarikan

Jalan Alor

Menempatkan banyak gerai penjaja dan restoran makanan laut, Jalan Alor merupakan antara jalan yang paling terkenal di Kuala Lumpur untuk hidangan makanannya. Terletak betul-betul di belakang Jalan Bukit Bintang dan hanya dalam jarak berjalan kaki yang singkat dari Changkat Bukit Bintang, ia merupakan lokasi menjamu selera kegemaran selepas berhibur di kelab malam sekitar kawasan Segi Tiga Emas.

Kawasan Hotel ke Jalan Makanan – 300m

Pavilion Mall

Pavilion Kuala Lumpur merupakan syurga membeli-belah fesyen haute couture di KL. Agak sukar untuk menonjol di tengah-tengah lambakan pusat membeli-belah di bandar ini, namun pusat membeli-belah yang menduduki kawasan hartanah utama di sepanjang Jalan Bukit Bintang ini berjaya melakukannya. Dibuka pada tahun 2007, ia mempunyai tiga bahagian utama – sebuah pusat membeli-belah runcit, blok pejabat dan dua menara kediaman. Bagi memastikan para peminat fesyen di bandar ini sentiasa tampil anggun, tumpuan utama KL ini merupakan contoh sempurna betapa mewahnya sesebuah pusat membeli-belah itu.

Kawasan Hotel ke Pavilion Mall – 450m

Petronas Twin Towers / KLCC

Terletak di tengah-tengah Segi Tiga Emas Kuala Lumpur, Suria KLCC menawarkan pelbagai barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi citarasa dan memanjakan keperluan para pengunjung; daripada fesyen, hiburan, seni & budaya hinggalah kepada juadah tempatan dan hidangan antarabangsa. Selain mempunyai lebih daripada 320 buah kedai khusus, pusat ini turut menyediakan pelbagai pilihan restoran dan kafe. Anda juga boleh menemui pelbagai pilihan hiburan, riadah, hiasan rumah, dewan konsert, galeri seni dan pusat penemuan sains.

Kawasan Hotel ke Menara Berkembar Petronas/KLCC – 1.8km

Lot 10

Mengekalkan keseimbangan yang tepat antara gaya tempatan dan antarabangsa, Lot 10 merupakan salah sebuah pusat membeli-belah tertua di bandar ini, menempatkan gabungan butik tempatan, kedai konsep unik dan jenama antarabangsa. Sebagai sebuah mercu tanda KL, lokasinya di sepanjang Bintang Walk (daerah membeli-belah dan hiburan utama di pusat bandar KL) telah menyumbang kepada kejayaannya, berserta kemudahan jambatan udara yang menghubungkan kompleks lima tingkat ini ke BB Plaza, Sungei Wang dan stesen monorel Bukit Bintang.

Kawasan Hotel ke Lot 10 – 260m

Fahrenheit 88

Sebagai salah sebuah tambahan terbaharu kepada landskap pusat membeli-belah Kuala Lumpur, Fahrenheit 88 merupakan bangunan lima tingkat yang menduduki kawasan hartanah utama di sepanjang Jalan Bukit Bintang. Terdahulu dikenali sebagai KL Plaza, pusat membeli-belah ini telah melalui proses naik taraf bernilai RM100 juta sejak pertukaran pemilikannya, dan pengubahsuaiannya yang menyeluruh telah menghasilkan sebuah pusat membeli-belah yang sangat mewah serta menempatkan pelbagai pilihan butik berskala kecil yang elegan.

Kawasan Hotel ke Fahrenheit88 – 350m

Low Yat Plaza

Biasa dikenali sebagai Plaza Low Yat atau Low Yat – ia merupakan sebuah pusat membeli-belah komersial yang terkenal di pusat bandar Kuala Lumpur yang sibuk. Mengkhusus dalam barangan elektronik dan produk IT, ia terletak betul-betul bertentangan dengan pusat membeli-belah Berjaya Times Square yang popular. Diiktiraf sebagai antara lokasi paling terkenal di bandar ini untuk pelbagai gajet dan peranti, pusat membeli-belah 12 tingkat ini dibahagikan kepada rantaian kedai yang saling berhubung dan mengelilingi ruang legar utama.

Kawasan Hotel ke Plaza Low Yat – 400m